Thursday, 7 June 2012

S@H@M naik mendadak...

hari ni jumaat..setelah kepenatan semalam,aku qado tidur dari malam tadi sampai la tengah hari.
tu pun kalau mak tak talipon, xde nye aku nak bangun..haha

entry hari ni nak mengisahkan seorang gadis comel yang telah meninggalkan kekasihnya atas sebab
tidak dapat menerima kenyataan kekasihnya menyukai insan lain setelah lima tahun perhubungan mereka.

memang pada mulanya si gadis tu xdapat nak terima kenyataan bahawa hubungan mereka dah berakhir..
sampaikan dia tahan xmau makan nasik..dalam masa yang sama dia merayu boyfriend dia tuk kembali padanya..tapi,pada hari ke17 dia xmakan nasik..ex-boyfriend dia mengeluarkan kata2 yang buat si gadis yakin ex-nya xkan kembali padanya..pastu dia makan nasik balik..xguna lagi dia korbankan kebahagiaan dirinya..

selepas seminggu perpisahan, si gadis berkawan dengan seseorang.. cukup lah digelar sebagai F.. dia selalu ada untuk si gadis.. bermula sebagai kawan, dalam masa yang singkat.. mereka mampu serasi dan menjadi teman tapi mesra. setelah berkawan melebihi sebulan, jejaka itu ada menyatakan bahawa dia mula menyukai si gadis. gadis pun begitu juga..

selain F, ada seorang lelaki bernama S, cuba menarik perhatian si gadis. mereka satu kelas. namun, melihat pergaulan lelaki itu yang tidak mempedulikan batas2 antara lelaki dan perempuan, si gadis tidak mahu mempunyai hubungan yang istimewa lebih daripada seorang kawan.

dalam masa yang sama si gadis perlu mencari seorang lelaki iaitu pelajar di institusi yang sama dengannya untuk dijadikan model bagi fashion show yang dianjurkan oleh pelajar2 yang mengambil jurusan pembuatan pakaian lelaki.. setelah bertanya dan merayu, si gadis dapat mencari model melalui seorang rakannya.

berrmula perkenalan dengan si model bernama T..mereka selalu berjumpa untuk tujuan melaksanakan tanggungjawab masing2.. karekter T yang bersahaja dan funny selalu membuat si gadis happy.. mereka agak rapat dan tidak berakhir setelah fashion show berlalu.. mereka masih rapat dan mungkin menyukai satu sama lain.. mereka selalu berhubung melalui facebook dan telefon..

selepas fashion show si gadis meng'upload'kan gambar2 yang diambil semasa hari kejadian.. si gadis memang suka melaram dan bergambar.. maklum lah..orang cute..hahaha

bermula pula satu perkenalan baru antara si gadis dengan seseorang yang dia minta untuk menjadi model..
I menegur si gadis dalam komen pada salah satu gambar gadis tersebut.. kemudian pada hari yang sama I mengajak si gadis menemaninya buka puasa. si gadis yang single dan available ini jenis melayan.. pada fikirannya, tidak salah mengenali teman yang baru..

rupa2nya, I ingin cuba menawan hati si gadis.. berbagai cara dia lakukan sehinggkan sanggup menghantar dan mengambil si gadis. dia tahu si gadis suka bergambar. dan kebetulan dia adalah photographer..jadi dia memperuntukkan masanya untuk menabadikan gambar si gadis dalam kameranya.

kemudian.. si gadis yang juga "kaki gosip" telah bergosip di pintu pagar kolej selepas pulang dinner dengan sahabatnya.. hampir 2 jam setengah mereka di situ dan tidak mempedulikan mata2 yang memandang.. tiba2 sedang bergosip, mereka ditegur oleh beberapa jejaka.. si gadis sudah biasa dengan keadaan seperti ini hanya melayan dengan selamba..

dan nak dijadikan cerita.. mamat tu mintak nombor talipon la pulak.. apa hal..hahah..
gadis ni malas nak biar mamat tu tunggu lama sebab serious sangat mintak nombor..siap keluarkan henpon canggih dia lagi.. oleh kerana lelaki tu berkereta..hahah..meterialistik sungguh gadis ini.. gadis pun bagi number maxis dia yang jarang guna..pastu dengan jujurnya dia kata kat mamat tu xda kredit..mamat tu pun topupkan rm5..untungla orang belanja..hahaha

susah jadi orang yang ramai peminat ni..xsangka pulak saham naik mendadak lepas clash..hahaha..dan gadis dalam cerita tu tadi..adalah aku sendiri..ya ampun...akulah insan yang cute,yang suka berposing depan kamera, suka bergosip dan yang paling penting aku layankan aje sapa yang nak kawan dengan aku...
semua ni berlaku dalam masa tak sampai 3 bulan perpisahan aku...

No comments:

Post a Comment